Nasihat orang berpengalaman


Saya mengenali Prof. Dr. Azni Zain Ahmed semasa bengkel IPRA di Lanjut, Pahang. Pada masa itu saya adalah salah seorang 'anggota tetap" URDC, dibawah tampok pemerintahan Kak Ruhana Zainuddin. Masa itu, rasa best betul sebab dapat jumpa Penolong Naib Canselor. Berbagai persiapan yang URDC Johor buat. Kak Zah, Kak Fid, dan saya macam biasa membanting tulang, sampai ke petang bagi menyempurnakan hasrat supaya UiTM Johor dapat menghasilkan 5 proposal research IRPA. AlhamduLillah semuanya berjalan dengan 'teramat' lancar. Selepas dua tahun berlalu, saya terserempak dengan Prof Dr. Azni di CSSR, Terengganu, dan semenjak itu saya dan Intan sering berhubung dengan beliau bagi pertandingan rekacipta. Saya masih ingat lagi bagaimana beliau memberi nasihat, kalau nak pergi 'oversea' buat paper banyak-banyak dan bentang di sana. Saya pun rasa tersemangat nak tiru lagu tu. Manalah tahu, kalau ada rejeki boleh pergi oversea tiap-tiap tahun!. AlhamduLillah, sekarang ni, rasa betul apa yang dinasihatkan oleh Prof. Dr. Azni dahulu. Dah beberapa negara saya lawati dan InsyaAllah saya dan Intan akan ke Germany untuk bentang paper kami di sana. Dulu agak terkejut juga bila nama saya dan Intan terpilih ke Switzerland. Al-maklumlah lama betul saya tak keluar negara, selepas balik belajar pada tahun 1998, hanya Kampung Sungai Lokan, Sungai Dua yang saya lawati, itu pun tak termasuk Permatang Che Tak. Betul la kata orang, ikutlah kata nasihat orang yang berpengalaman, InsyaAllah kita akan dapat hasil yang amat lumayan...

Comments

Popular Posts