Persidangan Meja Bulat

Semalam, saya, Dr. Hanafiah dan Dr. Rod, anggota tetap IRDC menjelajah ke Persidangan Meja Bulat Penyelidikan Negeri Selangor di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam anjuran Kerajaan Negeri Selangor, Institut Perkembangan Minda dan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, UiTM. Apa persidangan meja bulat tu---meja bulat?. Tak tau? seleroh Dr. Hanfiah. Kita tengok nanti. Pagi-pagi lagi saya dah bersedia bersama Dr. Hanafiah. Dr. Rod, sibuk dengan jam di Shah Alam, so dia mengekori kemudian. Masuk pintu hotel, ada seorang menyapa, "Pilihanraya?", tidak, kami nak ke seminar. Encik sila naik ke atas. perlahan jawab pekerja itu. Saya dan Dr. Hanafiah terus menuju ke bilik seminar. Dah ramai orang masa tu. Kami mencari tempat duduk. Sebelah kanan untuk bangsa akademik dan di satu bahagian untuk bangsa kakitangan kerajaan negeri. Sarapan pagi disediakan. Kami pun terus menjamu selera. Dr. Rod, masih tak kelihatan. Dr. Hanafiah, ala Dr. Rod, biasala lagu tu...Selang beberapa puluh minit, ketibaan Y.Bhg Dato' Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, Dato' Menteri Besar Selangor. Lepas tu terus sesi perbentangan yang dimulakan oleh Prof. Dr. Haji Hazman Shah bin Abdullah (UiTM), Prof. Madya Hajah Rugayah Hashim (UiTM), Puan Marhaini Mohd Nor (UiTM), Prof. Dr. Syed Noh bin Syed Ahmad (UiTM), Prof. Dr. Jambari Ali (UPM), Prof. Dr. Lokman Shamsudin (UNISEL) dan Moohamad Ropaning (UNISEL). Semua pembentangan mengambil masa selama 10-15 minit aje. Lepas semua perbentangan selesai, Dato' Menteri Besar membuat ulasan selama 30 minit. Lepas tu, kami pun dijemput makan...oh..lagu tu ke persidangan meja bulat.

Comments

Popular Posts