Invention, Innovation and Design (IID) UiTM Johor

Selepas berada di UiTM Perlis pada 20 Oktober 2009, dan sampai di KLIA, saya disambut oleh Abg Salim, pemandu UiTM Johor pada pukul 10.35 malam. Dari KLIA, kami terus menyusur ke Segamat dan sampai di Golden Lake Hotel, Segamat pada pukul 1 pagi. Pada keesokkan hari, Puan Azizah Aris, Timbalan Pengarah, Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), dan warga kerja IID UiTM Johor menerima saya sebagai ketua juri dan selaku penasihat IID UiTM Johor. Tepat pada pukul 9 pagi saya diamanahkan untuk memberi penerangan kepada 15 orang hakim yang akan menilai hasil kerja inovasi pensyarah, staf pentadbir dan pelajar sebanyak 59 produk. Pada hari kedua (22 Oktober 2009) pula, majlis penyampaian disempurnakan oleh wakil Penolong Naib Canselor (Penyelidikan), Prof. Madya Dr Hanafiah Zainal Abidin serta Prof. Dr Muhd Kamil Ibrahim, Pengarah UiTM Johor. Turut bersama di majlis ini, Prof. Madya Haji Yusri, Timbalan Pengarah Akademik, Prof. Madya Abdullah, Timbalan Pengarah, Hal Ehwal Pelajar, dan Puan Azizah Aris. Saya secara peribadi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada UiTM Johor kerana melantik saya sebagai ketua juri dan penasihat IID UiTM Johor yang julung kali diadakan. Saya juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada UiTM Johor kerana berjaya menganjurkan program ini dan diharapkan dapat dipanjangkan pada tahun hadapan. Tahniah kepada semua pemenang, dan InsyaAllah kita semua berjumpa di IID peringkat Universiti dalam bulan Januari 2010.

Comments

Popular Posts