Academic Conference (KONAKA), UiTM Pahang 2-3 Dec 2009
AlhamduLillah, saya bersama rakan-rakan PM Dr Ahmad Saad, Pengarah Institut Sains, UiTM, PM Dr Mohd Nazip Suratman, Ketua di Pusat Perancangan Strategik, UiTM dan PM Dr Syed, Ketua di InEd, dilantik sebagai juri di Konferensi Akademik (KONAKA) yang berlangsung pada 2-3 Disember di UiTM Pahang, Jengka. Di KONAKA kami ditugaskan untuk menilai kertas terbaik, poster terbaik, inovasi terbaik dan persembahan terbaik. KONAKA di rasmikan oleh PM Dato' Dr Mohd Helmi, Pengarah UiTM Pahang, manakala majlis penutup disempurnakan oleh PM Dr Mohd Nazip Suratman. Paling menarik, KONAKA mendapat penceramah istimewa iaitu Prof Dr Asma, Timbalan Naib Canselor, USM bagi berkongsi pengalaman USM sebagai APEX University. Terima kasih saya ucapkan kepada Pengarah UiTM Pahang, Pengerusi KONAKA, Prof Dr Jamaluddin, Timbalan Pengarah KONAKA, Dr Kamisah dan AJK KONAKA kerana menjemput saya sebagai juri. Selamat bertemu kembali di KONAKA 2010.
Comments