Doctor of Philosophy (Ph.D) vs Doctor of Buss. Admin. (DBA)

Doctor of Business Administration atau lebih dikenali sebagai DBA seringkali dipersoalkan apakah perbezaannya dengan Doctor of Philosophy (Ph.D). Sememangnya terdapat beberapa perbezaan diantara DBA dan Ph.D.; (1) tujuan program ditawarkan dan (2) sukatan matapelajaran.

Pada dasarnya program Doctor of Business Administration (DBA) dikhususkan kepada pengiat industri (ada juga ahli akademik yang menjadi pelajar) untuk mendalami ilmu perniagaan diperingkat tertinggi (selepas tamat Master of Business Administration (MBA)) di mana pelajar didedahkan dengan pelbagai ilmu serta kajian kes dalam pengurusan strategi, kewangan, sumber manusia, perniagaan antarabangsa, ekonomi dan pengurusan informasi. Pelajar DBA perlu menghadiri beberapa buah kelas, termasuk seminar dan setiap matapelajaran mempunyai peperiksaan akhir termasuk penilaian berterusan (bergantung kepada modul universiti). Kebiasaanya, pelajar DBA akan menamatkan 2 tahun pengajian dalam kelas (coursework) dan dalam tahun ke-3 dengan penulisan disertasi (disertation). Sebelum pelajar DBA layak untuk menjalankan kajian, mereka perlu lulus peperiksaan komprehensif (comprehensive examination). Seterusnya, pelajar DBA akan menyediakan cadangan penyelidikan dan menamatkan kajian mereka pengajian dalam masa setahun (atau lebih). Bagi tujuan penganugerahan ijazah DBA, disertasi pelajar akan dinilai dan dibentangkan kepada panel dalam dan luar. Lazimnya, yuran pengajian DBA lebih mahal berbanding Ph.D

Doctor of Philosophy (Ph.D) pula merupakan program yang lebih cenderung untuk melahirkan penyelidik di mana pelajar perlu menghadiri hanya beberapa kelas seperti kaedah penyelidikan dan statistik (bergantung kepada penyelia Ph.D masing-masing dan modul universiti). Pada masa yang sama pelajar perlu menyediakan cadangan penyelidikan sebelum dibentangkan (defend proposal) kepada panel. Setelah itu, pelajar akan menamatkan kajian mereka dalam masa 3 tahun (atau lebih) dan akan dinilai oleh pemeriksa luar (external examiner) dan dalaman (fakulti) untuk tujuan penganugerahan Ph.D. (Ada juga beberapa buah universiti di Australia yang tidak memerlukan pelajarnya untuk menghadiri viva-voce examinations.)

Penganugerahan Ph.D dan DBA akan membawa penerimanya sebagai Dr. beserta topi burger! Atas kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada penerima Ph.D/DBA dan selamat berjaya kepada calon Ph.D/DBA.

Comments

Unknown said…
Hello, Prof Madya Dr...
i have a question to ask regarding Ph.D and doctorate.
which one is easier?
thanks..
Unknown said…
As salam PM Dr.

Yang mana better PhD atau DBA.

Thanks
lubuk ku said…
Salam Prof.

Saya bukan dari bidang MBA,tapi berminat untuk menyambung DBA.. Layak kah saya memohon?
Saya telah menamatkan pengajian master in office systems management.

Thank you for your response.
asna basri said…
salam lubuk ku,sy pula br nk smbg master tp sdg mmilih antra buss admin n office system. jika awk ada klpangan boleh emel sy?asnabasri@gmail.com
Hill said…
Hello!

I definitely think that this should be well thought out and done in a smart way, it is important to get out there and market your business.

This is a great information and examples, thanks for sharing!


DigitalBrief marketing courses
Montclair said…
I have read your post. It's a very good post. Get more MBA Education information.
Mink said…
Nice blog. Thanks for sharing information. It’s very useful for us. Get More Education Info.

Popular Posts