Impact Factor Journal Roadshow UiTM Kelantan



AlhamduLillah setelah ke UiTM Pahang, Jengka, kami bertiga bertolak ke UiTM Kelantan Machang. Kami singgah di Gua Musang dan terus ke Kota Bharu dan sampai pada pukul 12 tengah malam. Esok, pada pukul 8 pagi, kami terus ke UiTM Kelantan dan disambut oleh Datuk Pengarah UiTM Kelantan. Lebih 80 orang peserta telah hadir dalam bengkel ini. Di sini saya berjumpa rakan lama Zulkifli Mohamed dan saya doakan semoga beliau berjaya dalam Viva-voce examination minggu hadapan. Saya dan Dr Abdul Kamal Hayati bertolak dari Kota Bharu ke Subang pukul 7.35 malam dan sampai di Subang pada 8.35 malam. Terima kasih saya ucapkan kepada PJI kerana menjemput kami. InsyaAllah bertemu lagi pada tahun hadapan.

Comments

Popular Posts