PhD Progress Report


PhD progress report, sememangnya amat penting. Kenapa? Sebab penyelia ingin mengetahui perkembangan pelajar dalam pengajian mereka. Kadang-kala ada pelajar yang tidak hirau bab ini. Bahaya jika anda tergolong dalam kumpulan yang dimaksudkan kerana penyelia akan melabelkan pelajar golongan kurang aktif dan tidak mahu berhubung dengan penyelia sebagai "lembab" dan "tidak ada harapan"; kalau pelajar tidak cuba berubah corak pengajian mereka. Ada sesetengah pelajar yang akan berhubung dengan penyelia dalam 3 atau 6 bulan sekali dan paling menarik mereka sudah siap ke chapter 5!. Menarik bukan. Penyelia sebenarnya tidak "berasa bangga" jika pelajar berbuat demikian. Kenapa? Sebabnya pelajar tidak merujuk kepada penyelia dan cuba siapkan tesis mengikut kepala sendiri. Kalau silap hari bulan, pelajar boleh terus kena "tendang" dari pengajian. Pelajar harus ingat bahawa penyelia mempunyai kuasa penuh dalam menentukan samada pelajar layak dipertimbangkan untuk defend proposal, submission dan menduduki viva-voce examination. Ada lagi, penyelia juga orang yang terakhir yang akan mengatakan "ya" atau "tidak" layak pelajar menerima gelaran Dr. Oleh itu, bekerjasamalah dengan penyelia. Memang kadangkala ada banyak ragam penyelia, sehingga ada pelajar yang tidak berpuas hati, geram, menitis air mata, terfikir untuk tukar penyelia dan berhenti belajar. Komen saya hanya, pelajar perlu bersabar. Ikut aje kata penyelia. InsyaAllah pelajar akan tamat pengajian dengan jayanya.

Comments

afandi said…
SEtuju, saya sedang mengalaminya dalam pengajian.

Popular Posts