FRGS Evaluation at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Saya dijemput oleh Dr Jamal, Timbalan Dekan (Penyelidikan), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, UPSI, pada 5 Jun 2013 sebagai ketua panel penilai FRGS. Penilaian bermula dengan taklimat dan diteruskan dengan penilaian terhadap beberapa permohonan baru FRGS. Taklimat dihadiri oleh Dekan, Timbalan-Timbalan Dekan serta wakil dari Research Management Centre (RMC) termasuk beberapa orang profesor dan pensyarah FPE. Terima kasih saya ucapkan kepada FPE kerana menjemput saya dan InsyaAllah saya akan kembali dengan kursus penulisan artikel dalam dua tiga bulan akan datang.

Comments