EABR International Conference, Rothenberg, Germany
Saya dan Intan saja gatal-gatal tangan hantar beberapa research papers ke EABR International Conference, Germany. AlhamduLillah, minggu lepas Dr. Clute, penganjur, telah menerima research papers kami untuk dibentangkan di konferen ini. Masa yang sama, saya merasakan kalau ada rakan-rakan yang lain boleh turut serta dalam konferen ini. Saya ada paper bersama Zul dan Bashar, so hari jumaat lepas, saya hantarkan abstract ke EABR. Sekarang ni kami dok tengah tunggu keputusan, samada diterima atau sebaliknya. Saya dan Intan teringat pula Kak Puz dan Kak Wan ada satu paper. Kami contact Kak Puz (sekarang ni bercuti di Penang besama anak saudara, syok woo..) untuk bagitau tentang EABR. So, sekarang depa tengah dok prepare abstract untuk dihantar ke EABR Conference. Begitulah adat kalau nak ke konferen antarabangsa di luar negara. Kita kena hantar abtract aje, tak lebih 1500 patah perkataan. Kalau diterima, syukurlah, kalau tidak, kita boleh cuba hantar abstract ke konferen yang lain. Kadangkala research paper ditolak bukan kerana tidak bermutu, tetapi theme konferen berkenaan tidak bersesuaian dengan research paper yang dihantar. Jika diterima, pengerusi atau penganjur konferen akan hantar surat penerimaan untuk pembentangan. Penganjur akan menyertakan borang penyertaan beserta beberapa maklumat konferen termasuk tambang kapalterbang, penginapan, dan perbelanjaan lain. Paper penuh (dalam 15 mukasurat) akan dihantar dalam beberapa bulan sebelum konferen dijalankan. Sebagai seorang staff UiTM, kami perlu memohon melalui Fakulti, dan mendapat pengesahan daripada dekan. Seterusnya permohonan peruntukan kewangan akan disalurkan ke Bahagian Latihan dan Perkhidmatan Staff (BLPS), pejabat Pendaftar. Masa kelulusan mengambil masa selama 1-2 minggu. Kena cepat sedikit, kalau tidak konferen dah berjalan, tapi kita pula masih di Malaysia. Bila balik konferen kena hantar laporan pembentangan ke BLPS. Itu aje prosesnya. InsyaAllah, kalau boleh kita keluar negara present paper sekali setahun. Boleh mencari pengalaman di luar disamping dapat berkenalan dengan researchers luar.
Comments