Hobby


Mungkin ramai yang tak menyangka kalau saya katakan hobby saya ialah mengumpul setem, notes/bills, first day cover, memancing dan sewaktu dengannya. Aktiviti mengumpul setem telah saya jalankan secara halal semenjak darjah dua dan masih berterusan sehingga sekarang. Dari setem lama macam straits settlement, malaya, persekutuan tanah melayu sampai negara luar seperti Togo, Cook Island, Trinidad & Tobago, Republic of Maldives, Timor-timor, saya ada semuanya. 'Kegilaan setem' saya teramat memuncak bila saya mempunyai beberapa buku panduan harga setem. Bukannya nak jual tapi seronok bila tahu harga setem kita. Memang la bila diperiksa harga setem saya tak semahal blank penny, tapi adalah setakat dua tiga kupang pun dah cukup seronok, tak boleh jadi jutawan pun. Ala seronok-seronok main kira-kira harga. Dengan mengumpul setem dapat meluaskan pengetahuan geografi saya. Macamana tu? Ala kalau kita dapat setem negeri Lesotho, so kat mana negeri ni. Saya cari dalam atlas, hah dah tahu kat mana Lesotho. Begitulah salah satu cara kita nak meningkatkan pengetahuan. Koleksi setem saya semakin melampau. Buku setem saya dah banyak betul, kena bawa dalam beg pakaian tu. Intan amat jelouskan saya kalau saya pi Post Office Shah Alam, sebab saya dok belek setem mini dengan first day cover. Lama juga duduk kat situ. Hah...ada sesiapa yang mempunyai hobby yang sama dengan saya?

Comments

Anonymous said…
me dulu minat jugak kumpul stem.. tp nk maintain yg payah..
Memang seronok kumpul setem ni. "ralit" dibuatnya. Saudara boleh terapkan minat ini untuk anak-anak.
Moluha said…
Dr...saya minat giler kumpul setem ni..tp dh 3thun tinggl..sejak sambung study kt s.alm...kite tukar2 setem nak??? huhu...

Popular Posts