Perjuangan dalam mendapatkan topi burger!

Tiada dalam gambar: Mohd Bahrin, Fahmi, Zarina Denan, Shikin, Hairulnizam, Dalila, Kak Zaini, Johari, Rafidah Kamaruddin, Ruhana Zainuddin

Saya dan Intan teringat semasa belajar PhD dulu. Bermacam-macam ranjau yang kami berdua tempuhi. Bermula dari hospital; sakit batu karang la, vertigo la, rasanya Intan masuk 10 kali Sunway Medical Centre, manakala saya masuk sekali. Masa temankan Intan, saya siap bawa laptop bersama-sama articles. Baca kat hospital. Kadang-kadang masuk otak dan kadang-kadang bagi rasa senang hati sebab dapat pegang article-walaupun tak faham apa yang dibaca. Apa taknya risau kesihatan isteri tau. Bila semua dah selesai dan rasa nak rehatkan minda, kami akan ke Cameron Highland. Berpuluh kali kami ke sana. Kenapa? Sebab bila duduk tempat sejuk, badan rasa nyaman. Boleh tengok rama-rama dan semua jenis bunga. Bunga raya, bunga mawar, bunga taik ayam dan bunga kobis. Tengah dok tunggu viva, kami masuk pertandingan rekacipta. Terhibur juga hati. Dok cerita pasai PhD, teringat saya pada rakan-rakan yang sedang berjuang; Kak Zarina Denan, Hairulnizam (selamat pengantin baru), Fahmi, Mohd Bahrin, Eikin, Puteri, Oswald, Johari, Wan, Kak Zaini, Zulkifli Mohamed, Dalila, Kak Yani di UiTM, Kak Rafidah Kamaruddin di UIA, Kak Ruhana Zainuddin di MMU, dan bakal-bakal pelajar PhD-Shikin, Kak Noi, dan Raja Azrin. Selamat belajar dan bergelar Dr...InsyaAllah. Banyakkan doa, dan publications. Kepada saudara Khairil di RPI, semoga membawa pulang MSc. InsyaAllah.

Comments

Popular Posts