Business Invention, Innovation and Design (BIID) 2008, UiTM
AlhamduLillah, Business Invention, Innovation and Design (BIID) 2008, sebuah pertandingan rekacipta peringkat Fakulti Pengurusan Perniagaan telah melabuhkan tirai pada hari ini. BIID yang telah berlangsung selama dua telah menarik minat 177 orang peserta dengan 50 buah produk. Kebetulan BIID diadakan pada penilaian Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM), maka penilai-penilai dan pengurusan tertinggi UiTM juga sempat untuk turut serta dalam BIID. Hari ini juga hari penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Penolong Naib Canselor (Pengantarabangsaan), Prof. Madya Dr. Zaini Abdullah. AlhamduLillah, di BIID ini saya telah dianugerahkan Grand Award-Dean's Award (Juara Keseluruhan), bersama 2 best category award; IT Management dan Business & Management (co-researcher dengan Dr. Za'faran), 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 7 pingat gangsa (bersama pelajar kelas Research Methodology). Tahniah kepada semua pemenang terutamanya rakan-rakan pensyarah dan pelajar di Fakulti Pengurusan Perniagaan. Terima kasih juga kepada pengurusan fakulti yang turut menjayakan BIID 2008. InsyaAllah, BIID akan muncul pada tahun hadapan!
Comments
Prof,wah rantaian pingat lagi!Tahniah!