Pemilihan Tempat Belajar PhD
Universiti Teknologi MARA
University of Cambridge
Pemilihan tempat belajar Phd sememangnya 'crucial', kena pula tempat yang ditawarkan mempunyai duration of study selama 4 tahun. Kebiasaannya duration of study bagi PhD ialah 3 tahun, kalau 4 tahun dah kira susah sebab jabatan sumber manusia tidak akan membenarkan keadaan ini berlaku. Kalau nak juga, kena tambah satu tahun sebagai extend study, dan ini tak bagus bagi rekod pelajar. Bagaimana anda memilih tempat? Adakah kerana universiti atau penyelianya atau seronok nak belajar di luar negara? Jika anda seorang yang suka dengan prestij sesebuah universiti, sila mohon ke top 10 world universities, dan jika anda mahukan supervisor yang master (rujukan dunia, contoh Parasuraman (SerQual), Davis (TAM), Goodhue (TTF), etc) dalam bidang kajian anda, maka pilihlah supervisor berkenaan. Nanti banyak paper boleh anda terbit bersamanya dan secara tidak langsung anda akan jadi terkenal macam beliau. Sebenarnya ada banyak faktor yang perlu difikirkan bila kita membuat pemilihan tempat belajar kerana ianya melibatkan kos yang tinggi, masa depan anda dan keluarga. Bagi yang sudah berumahtangga, perkara ini bertambah rumit bila suami perlu membuat pilihan samada untuk ikut bersama isteri ke luar negara. Ada yang sampai berhenti kerja untuk menjaga anak semasa isteri mereka belajar PhD. Pengorbanan yang sememangnya sejati. Bila isteri tamat pengajian, nanti baru fikir cari kerja di Malaysia. Sambil-sambil jaga anak, is suami akan bekerja sambilan di sana. Boleh tampung sedikit perbelanjaan keluarga. Bagi suami yang pergi belajar, si isteri tidak akan ada banyak masalah, dan kebanyakkannya akan minta cuti tanpa gaji (bagi yang bekerja). Anak-anak pula yang menjadi masalah. Kalau di UK dan USA (mungkin tidak semua county), perbelanjaan persekolahan InsyaAllah akan ditanggung oleh kerajaan, walaubagaimanapun perkara ini tidak semestinya berlaku di Australia dan New Zealand atau mana-mana tempat lain. Semua kos perlu ditanggung. Kena pula currency exchange dia orang tinggi, masalah betul tu. Bagaimana pula dengan orang bujang? Tidak ada masalah langsung. Pergi aje belajar.
Saya hendak syorkan di sini, kalau nak minta universiti, minta banyak sedikit untuk buat back-up plan, manalah tahu ada masalah nanti. Kalau universiti pertama tidak sesuai dengan syarat UiTM, maka anda mempunyai peluang untuk universiti kedua atau ketiga. Overseas atau local tak jadi masalah. Kadang kala kita dah usaha berbagai-bagai, tetapi tidak menjadi. Apa yang perlu kita ingat bahawa semua perkara telah ditetapkan oleh-Nya. Dan saya yakin bahawa yang terbaik bagi kita ialah perancangan yang 'tak menjadi' tadi. Tengoklah...macamana hasilnya..sebenarnya Allah Yang Maha Mengetahui. Dulu, saya tak dapat belajar ke luar negara sebab masalah ekonomi gawat dan semua cohort saya tidak dapat sambung belajar ke luar negara. Ramai yang kecewa masa itu, dan ada yang tolak tawaran biasiswa PhD mereka. Dalam tangan saya dah ada surat tawaran dari Univ. Liverpool, Univ. Strathcyle, UK dan Massey Univ. NZ, dan pada mulanya saya agak kecewa. Tapi mungkin rezeki saya di Malaysia. Tapi dalam duduk belajar tu saya diberikan peluang oleh Allah untuk pergi ke South Korea (2 kali), USA, Switzerland dan AlhamduLillah saya banyak dapat medals dan produce papers. SubhaNallah, dan saya bersyukur dengan kurniaanya. Habis belajar saya mohon untuk kenaikkan pangkat dan bahan-bahan ini saya gunakan untuk tujuan tersebut. Semuanya dah sedia. So, in short, yang pentingnya anda tamat pengajian dan balik ke UiTM dengan gelaran Dr. Lagu tu baru di panggil cemerlang. Saya tahu pressure bagaimana kalau kita balik ke fakulti dengan tangan kosong, walaupun kepedihan semasa pengajian tidak ada sesiapa pun yang ambil tahu. Ramai yang pandai bertanya bermacam-macam daripada membantu memberi semangat. Betul? Wallahualam.
Comments
Terima kasih di atas entri yang amat berguna ini. Kebetulan saya pun sedang berkira-kira mencari universiti yang bersesuaian untuk Ph.D. Dilemma jugak nak pilih uni ni..
Betul macam yang Dr cakap, banyak benda yang nak kena pikir kalau buat di luar. Sekolah anak2 dan parents di kampung are my main priorities sekarang ni. Itu yang dilemma sekarang ni.
Kalau Dr ada nasihat yang boleh dikongsi bersama, sy amat menghargainya. TK.
Bahrin
Dear Dr Zaidi
Menarik entri kali ini, benar banyak sekali perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan kemana hala nak di pilih dan di tuju lebih lebih lagi bila dah berkeluarga. Btw, alhamdulillah, saya baru terima tawaran melanjutkan PHD di UiTM pagi semalam. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan ilmu sewaktu di segamat dulu.
Saya berminat utk menyambung pelajaran hingga ke peringkat Phd. Untuk itu saya perlulah sambung belajar di peringkat Master terlebih dahulu kerana kelulusan tertinggi saya setakat ini hanyalah peringkat Bachelor. Sebelum ini saya pernah bekerja selama 2.5 tahun di dalam bidang IT. 1.5 tahun sbg Software Engineer dan setahun sbg SAP Consultant dan tidak bekerja selama 4 thn atas alasan mengikut suami bekerja di dalam(travel to all different places) dan luar negara. Dalam tempoh ini juga saya tercari-cari bidang yang ingin saya ceburi kerana saya masih menyimpan hasrat untuk menceburi bidang akademik dan penyelidikan.Apa yang saya dapati selama 4 tahun pencarian ini, bidang Computational Neuroscience & Neuroinformatic kelihatan amat menarik sekali pada perhatian saya. Sayangnya jurusan ini tidak begitu ketara di Malaysia. Saya berminat untuk buat Master by Research di dalam bidang ini dan akan mengkaji dan mengumpul data2 bagi membuat research proposal sebelum apply master. Tapi setakat ni saya belum jumpa lagi potential supervisor(IPTA Malaysia) yg research interestnya pada bahagian yang saya minat ni.Dr ada suggestion utk saya?
Tq atas entri ini. sedikit sebanyak membantu saya dalam memilih tempat.