Executive Master of Business Administration (EMBA)

AlhamduLillah, setelah 5 kali saya bersama pelajar Executive Master of Business Administration (EMBA), UiTM Kedah, Merbok, maka minggu lepas merupakan minggu terakhir saya mengajar EMBA. Terima kasih kepada koordinator EMBA, Prof. Madya Fatimah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengajar MGT 790, Strategic Management. Kelas MGT 790 sungguh menghiburkan kerana saya dapat bertemu dengan pelajar yang mempunyai latarbelakang yang berbeza. Ada Tuan Hakim, ada General Manager, Penolong Pendaftar, Guru, "banker" dan Akauntan + Auditor. Banyak pengalaman dikongsi bersama, kerana strategic management amat menekankan strategi untuk memenangi "battle" dalam perniagaan. Terima kasih juga kepada semua pelajar yang sememangnya baik dan sentiasa memberi kerjasama sehingga tamat kelas pada minggu lepas. Semoga usaha mencari ilmu tidak terhenti di EMBA, tetapi diteruskan ke peringkat PhD atau DBA. Selamat berjumpa kembali di hari konvokesyen UiTM kelak!

Comments

Popular Posts