Bila Nak Jadi Profesor?

Semalam saya ke PICC, Putrajaya bagi pelancaran Majlis Profesor Negara (MPN) dan penganugerahan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HiCoe) yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Majlis ini dihadiri oleh sebahagian besar 'orang kuat' universiti dan profesor di IPTA Malaysia. Di sana saya duduk berbual panjang dengan Prof. Dr Kamarudin Jusoh (KJ) yang kebetulan baru pulang 2 bulan dari Harvard University. Tempoh 2 tahun kontrak beliau sebagai visiting professor di Yale University telah tamat dan buat masa sekarang beliau masih aktif mengelolakan persidangan antarabangsa dan ceramah akademik. Di akhir perbualan kami, beliau bertanya, "Di, bila nak jadi profesor?". Saya hanya tersenyum dan mampu berkata, "Dah ada offer, tengoklah nanti". Perbualan kami terhenti di situ sebab Y.Berhormat Perdana Menteri masuk dewan bagi merasmikan upacara. Tahniah kepada Pengarah ARI dan warga kerja ARI kerana terpilih sebagai salah sebuah HiCoe.

Comments

HishamMB said…
Salam.

PM Dr, saya nak jadi yang pertama ucapkan tahniah... TAHNIAH!!!

Lepas ni tunjuk ajar saya pulak, kongsikan ilmu tu...

TAHNIAH sekali lagi...
Bro Adnan said…
InsyaAllah .. tak lama lagi ada rezeki sampailah tu .. saya mendoakan.. bila nak melawat kami di sini?

Popular Posts