International Conference at Harvard University, MA
Harvard University, MA
LAX, Los Angeles, CA
Transit di Taiwan
AlhamduLillah, perjalanan ke Los Angeles dan Boston berjalan dengan baik. Kami transit di Taiwan dan berjumpa dengan Datuk Prof Dr Ahmad Yusof, Naib Canselor, Universiti Teknikal Melaka, Malaysia (UTeM) mengetuai rombongan ke Missouri dalam rangka mempromosikan UTeM di sana. Agak lama juga kami bersembang sebab lama tak jumpa Prof. Ahmad Yusof, semenjak tahun 1998. Saya dan Intan sampai di Los Angeles agak awal pada jadual asal, pada 5.30 petang dan bertolak ke Boston, MA pada 10.00 malam. Kami sampai di Boston pada 7.00 pagi. Naik teksi (agak mahal USD 30 masuk tips) ke John Hancock Conference Hall. Oleh kerana terlalu awal, kami tak dapat check-in. Idea pertama kena cari makanan yang halal. Cari seluruh pekan berdekatan hotel, tak berjumpa. Maklumlah dah terlalu letih dan lapar. Kami terus ke subway dan ke Harvard University. Hampir 30 minit, kami sampai di Harvard University dan jalan-jalan sampai ke Business School. Ambil gambar dan rehat di taman JFK. Matlamat nak cari tempat seminar di Fay Building, em..tak jumpa. Masa dok tercari-cari tu, kami terjumpa kedai makanan arab halal. AlhamduLillah. Lepas makan, cari balik Fay Building, dan akhir jumpa juga. Bergambar lebih kurang. Esok, presentation Intan pada pukul 3 petang, manakala saya pada pukul 8 malam.
Comments