Business Invention, Innovation & Design (BIID) 2010
AlhamduLillah, Business Invention, Innovation & Design (BIID) 2010 telah dilangsungkan dengan jayanya pada 1-2 September 2010 di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Pada tahun ini memperlihatkan 104 produk dipertandingkan di mana penyertaan kali inin telah menarik pensyarah dan pelajar untuk turut serta dalam pertandingan inovasi peringkat fakulti ini. BIID 2010 merupakan acara tahunan fakulti bagi mencungkil bakat inovasi dan kreativiti pensyarah dan pelajar. Buat pertama kalinya penyertaan kali ini datangnya dari UiTM Kedah, dan di atas kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas kepada PM Dr Maznah, Penolong Pengarah Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI) kerana turut serta dalam BIID 2010. Saya selaku penyelia ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rozita (Pelajar PhD) dan Liyana (Pelajar MBA) kerana berjaya membawa pulang pingat pingat. InsyaAllah, usaha ini akan diteruskan ke peringkat Invention, Innovation & Design (IID) SE 2010.
*Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Prof Dr Azni Zain Ahmed, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UiTM dan dihadiri oleh Prof Dr Noormala Dato' Amir Ishak, Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan, Prof Dr Abu Bakar, Penolong Naib Canselor, Institut Pengurusan Penyelidikan, UiTM, dan Prof Dr Abdul Hadi, Timbakan Dekan, PJI, Fakulti FSPU, UiTM.

Comments
Ape antara produk2nya prof???
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin.
Produk, "toys' dan 'management model'