Faculty of Business and Faculty of Management

Pada hari jumaat lepas, dalam mesyuarat akademik fakulti ada menyatakan bahawa pada perancangannya Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) akan dipecahkan kepada Fakulti Perniagaan (Faculty of Business) dan Fakulti Pengurusan (Faculty of Management) pada masa terdekat. Pada dasarnya, Fakulti Perniagaan akan dikekalkan di UiTM Shah Alam, manakala Fakulti Pengurusan akan ditempatkan di UiTM Puncak Alam. InsyaAllah, fizikal/bangunan Fakulti Pengurusan di Puncak Alam akan disiapkan dalam tahun 2013 nanti. Disamping itu diberitakan bahawa Fakulti Perniagaan akan mengandungi jurusan kewangan, ekonomi, perbankan Islam etc., manakala Fakulti Pengurusan mengandungi jurusan pengurusan sumber manusia, pengangkutan, pengurusan operasi, CILT, etc). Sebanyak 4 program ijazah pertama termasuk program diploma dari Fakulti Pengurusan Pejabat (Faculty of Office Management) akan diserapkan ke dalam Fakulti Pengurusan. Kampus terbaru UiTM di Larkin, Johor akan menempatkan pelbagai kursus seperti kejuruteraan termasuk pengangkutan. InsyaAllah dengan penstrukturan semula, UiTM akan terus mengorak langkah sebagai universiti komprehensif terulung.

Comments

Popular Posts