"Don't Give Up; PhD"
Don't give up, and please complete your PhD!, Begitulah kerap kali saya katakan kepada rakan-rakan yang datang mengadu jika ada masalah dalam pembelajaran mereka. Ada yang dah 4 tahun tapi masih belum defend, dan ada yang terpaksa berhenti kerana supervisor dah tak mahu "bersama". Ini sebenarnya dugaan, ada rakan yang tamat PhD dengan flying colors, dan ada yang terus tak nampak muka. Tahniah kepada yang berjaya menamatkan pengajian. Kepada calon PhD yang mempunyai masalah, jangan fikirkan sangat, teruskan perjuangan, minta nasihat rakan-rakan PhD lain, kongsilah masalah anda, InsyaAllah rakan-rakan dapat membantu dan jangan lupa mohon bantuan Allah-berdoa tiap-tiap kali solat, dan minta ibubapa doakan sekali.
Kebanyakkan masalah yang calon PhD amat berkait dengan masalah keluarga-isteri, mertua, ibubapa, keluarga terdekat; sifat "rasa terlalu cerdik daripada supervisor", pertelingkahan antara supervisor dengan examiner, dan masalah sistem pengajian. Ada masalah yang boleh diselesaikan dan ada yang mengambil masa yang lama, sehingga menganggu emosi calon. Saya selalu kata, biasalah buat PhD, ada masa turun dan naik. Sebab itu saya katakan dapat PhD itu adalah rezeki. Allah lebih mengetahui. Terimalah seadanya, tapi don't give up...Kalau pertama kali tidak berjaya, cuba lagi...InsyaAllah akan berjaya nanti.

Comments