External Examiner: Queensland University of Technology, Australia

AlhamduLillah, dalam 2 minggu yang lepas, saya menerima jemputan sebagai external examiner bagi pelajar Doctor of Information Technology (DIT), Queensland University of Technology (QUT), Australia. Saya pun teringat bagaimana seorang external examiner membuat penilaian. Apa yang dikehendakki oleh external examiner? Jawapan mudah ialah contribution to new knowledge, atau apakah sumbangan pelajar kepada ilmu, model, theory or law? Gaps of knowledge, juga sangat penting. Problem statement perlu selaras dengan objective of study dan issue of study. Methodology kena betul sepertimana diterimapakai oleh penyelidik. Sebab itu saya selalu menasihatkan pelajar untuk refer pada PhD thesis serta menghadiri seminar untuk membentangkan dapatan kajian. Di sana pelajar dapat bertukar pendapat dengan Prof, pelajar dan penyelidik lain. Paling penting, terbitkan artikel dalam jurnal, kalau dapat terbit dalam jurnal bertaraf ISI atau SCOPUS paling baik! InsyaAllah paling kurang pun pelajar akan lulus minor correction...(bergantung pada viva-voce examination). Kepada rakan-rakan yang masih berjuang teruskan usaha untuk mendapatkan segulung ijazah ini, dan kepada rakan-rakan yang pulang dan berjaya (submit atau tunggu viva-voce examination) bolehlah saya ucapkan, tahniah Dr!

Comments

Sisters said…
Salam Dr. Zaidi,

Salam Ramadhan Kareem. Congrats bro, very proud to see your's and your wife's achievements. We've come a long way from our times in MoM class :). Take care.

Salam.

Nonie Harun
Cohort 4
M.o.M 1998

Popular Posts