Viva voce examination, Universiti Kebangsaan Malaysia


Pada 9 Mac 2012, saya ke Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pemeriksa luar tesis pelajar PhD Pak Amir Hasan. Ujian lisan ini dipengerusikan oleh Prof. Dr Roslinda Mohd Nazar manakala Prof. Madya Dr Nur Riza Mohd Suradi bertindak sebagai penilai dalaman. Juga turut bersama kami Prof. Dr Ghafar, selaku penyelia bersama pelajar. Amir Hasan, 61 tahun, merupakan bekas Timbalan Rektor, Universiti Riau Indonesia telah berjaya menamatkan pengajian PhD di UKM, dan tahniah diucapkan. Pak Amir seorang yang cekal kerana berjaya mengharungi pengajian PhD sepenuh masa di UKM walaupun pada masa yang sama bertugas sebagai Timbalan Rektor. Semoga atas kejayaan ini akan menguatkan semangat pelajar lain untuk turut serta dalam berkongsi kejayaan bersama Pak Amir. Tahniah dan AlhamduLillah. Terima kasih kepada Fakulti Sains dan Teknologi, UKM kerana menjemput saya untuk kali kedua.

Comments

tuliplover said…
kagum dgn Pak Amir,pada usia 60an masih bersemangat...namun saya masih tenggelam timbul dgn perjalanan Phd saya...moga ini pencetus semangat,insyaallah

Popular Posts