Research Collaboration and Research Acitivities

Alhamdulillah, pada bulan yang mulia ini aktiviti penerbitan, penyelidikan dan inovasi saya nampaknya bertambah rancak. Terbaru rakan dari UMK ingin bersama-sama untuk menjalankan kajian dalam keusahawanan dan pendidikan. Selain dari itu, InsyaAllah, dalam bulan Ogos nanti, saya dan Intan akan memulakan usaha penyelidikan bersama penyelidik luar. Acara lepas raya semakin rancak; RMC UUM telah menjemput saya sebagai penceramah bagi penerbitan artikel. Begitu juga Fakulti MassCom, UiTM juga menjemput saya sebagai penceramah dan InsyaAllah akan diadakan di Genting Highland. Selain itu, UiTM Johor akan mengadakan pertandingan inovasi dan saya telah dijemput sebagai penceramah dan panel juri pertandingan. Saya akan sekali lagi ke UUM sebagai pemeriksa luar PhD. AlhamduLillah...byk juga aktiviti lepas raya nanti; last one-rancangan tahun depan, InsyaAllah nak ke Oxford bagi pembentangan kertas kajian.

Comments

Popular Posts