PhD Viva voce exam UUM

Dalam bulan lepas, saya dijemput sebagai penilai luar UUM, bagi pelajar PhD Puan Marhaiza. AlhamduLillah viva voce exam berjalan dengan lancar. Seperti biasa penilai luar akan disediakan tiket kelas pertama oleh UUM (terima kasih). Siapa pula 'jiran' saya kali ini. Selalu saya bertanya pada diri sendiri, dulu pernah duduk dengan ahli politik, artis dan tokoh perniagaan. Kali ini siapa ye? Bukan apa seronok dapat berborak sambil menunggu sampai ke KLIA. Sedang saya bersiap untuk membetulkan kerusi, jiran saya pun duduk disebelah. Emm... Kali ini mesti banyak isu yang saya nak sembang, isu hak asasi manusia, mungkin. Jiran saya kali ini Tan Sri Hasmy Agam, Pengerusi SUHAKAM, yang kebetulan dijemput sebagai penceramah di UUM. Tan Sri seorang yang easy going dan banyak menceritakan pengalaman beliau sewaktu bertugas di luar negara sebagai PTD. Saya amat tertarik dengan program simulasi PBB yang beliau perkenalkan kepada PTD muda. Buat masa sekarang Tan Sri Hasmy ada bercadang untuk mewujudkan satu institusi yang melahirkan PTD yang berketrampilan dan mampu membawa nama Malaysia diserata dunia. Lama juga kami bertukar maklumat sehingga tak sedar kapalterbang kami hampir mendarat di KLIA. Terima kasih Tan Sri Hasmy...sehingga ketemu lagi.

Comments

thulannguyen said…
This comment has been removed by the author.