PhD Research Methodology Course

AlhamduLillah, pada 7 Februari 2013, saya telah dijemput oleh Prof.Madya Dato' Dr Hj. Hilmi Ab Rahman, Rektor, UiTM Pahang bagi berkongsi ilmu mengenai PhD Research Methodology khususnya kepada pensyarah yang ingin melanjutkan pelajaran PhD aliran sains sosial. Seramai 16 orang peserta telah hadir ke kursus ini yang bermula pada pukul 10 pagi sehingga 4.30 petang. Diharapkan semua peserta dalam menyediakan proposal PhD yang baik disamping menamatkan pengajian kelak. Amin. Terima kasih kepada iLQAM UiTM Pahang kerana memberikan layanan yang baik sewaktu saya di sana.

Comments