Majlis Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri


Saya dijemput ke Majlis Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada 1 Oktober 2013 di Hotel Marriot, Putrajaya bagi meraikan tugasan saya sebagai panel juri bagi pertandingan inovasi Jabatan Perdana Menteri tahun 2012. Majlis Kecemerlangan ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia serta diiringi oleh YB Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. Pada asalnya majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, walaubagaimanapun beliau tidak dapat hadir kerana atas urusan rasmi di New York. Tahniah kepada pemenang dan InsyaAllah, berjumpa lagi pada tahun hadapan.

Comments

Popular Posts