Buku Upena di Australia

National Library of Australia
Buku ini sekarang telah berada di National Library of Australia

Saya saje taipkan nama saya di search engine google. Nak tengok kalau-kalau nama saya appear dalam mana-mana ruang. Petang tadi saya terjumpa nama saya terselit dalam hompage National Library of Australia. Pelik, kenapa nama saya ada di situ. Terus saya enter ke hompage berkenaan dan...buku terbitan UPENA saya dan rakan-rakan, bertajuk Selection of Research Papers in Social Sciences and Management telah berada di perpustakaan kebangsaan Australia. AlhamduLillah. Memang tak sangka. Saya memanjat kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya buku kami sampai ke luar negara. InsyaAllah, buku Selection of Research Papers in Social Sciences and Management, Volume 2 dalam proses pencetakkan. Maklumat yang terdapat di National Library of Australia adalah seperti berikut;
Bib Id: 4469553
Format: Book
Publisher: University Publication Centre (UPENA), UiTM 2008
Description: vi, 214p; 23cm
ISBN: 9789673050703
Subjects: Information Technology-Research-Malaysia; Management-Research-Malaysia; Finance-Research-Malaysia




Comments

Anonymous said…
Salam.

Dr Zaidi & Dr Intan, tahniah atas kejayaan ini. Sebar luaskan ilmu kalian berdua lewat batas sempadan geografi. Sesungguhnya itu adalah tuntutan fardhu kifayah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita semua.

Semoga kami berkeupayaan untuk menyusul kemudian nanti...
Terima kasih Sdr. Hisham. Allah SWT yang mengizinkan segala sesuatu, dan saya hanya mengusahakannya.
Anonymous said…
Show off. But way 2 go, congrats!
Anonymous. Terima kasih diatas pujian dan cacian. Sebenarnya ada yang perli saya bila asyik terbitkan buku di UPENA aje. So, Allah izinkan buku ini sampai ke Australia. Saudara pula bagaimana? Dah terbit buku?

Popular Posts