Data Collection

Data collection atau pengumpulan data merupakan proses yang kadang-kala memakan masa. Tadi saya terserempak dengan pensyarah fakulti yang sedang belajar Ph.D di New Zealand. Beliau pulang ke Malaysia untuk data collection. Kali ini merupakan kali kedua. Dah berapa lama belajar? Rasanya macam masih baru lagi aje. Tak, saya dah belajar dekat satu setengah tahun. 6 bulan dah defend dan sekarang dok buat data collection. Saya masih ingat lagi bagaimana saya buat data collection. Sebelum buat actual data collection saya run dulu pilot test. Guna survey method, hantar questionnaire ke beberapa buah organisasi dalam industri perkapalan. Untuk dapatkan maklumat dari pilot test sememangnya amat penting. Kalau tersilap langkah, actual data collection nanti tidak akan terurus dan berkemungkinan gagal! Saya ambil masa sebulan untuk dapatkan maklumat dari pilot test. AlhamduLillah, semuanya okay. Dengan data dari pilot test, saya terbitkan beberapa artikel dan pembentangan kertas kajian. Dengan itu, saya guna bahan-bahan ini bag menyokong hujah saya dalam tesis. Bila tiba masa untuk actual data collection saya mula sibuk. Kena fotostat questionnaire, kena cantik dan kemas, tidak mahu hitam sana sini, ada garisan la...tak boleh. Semua questionnaire kena presentable. Lepas itu beli sampul surat banyak-banyak termasuk setemnya sekali. Belanja masa ini boleh tahan juga. Saya akan pergi ke pejabat pos UiTM Shah Alam, dan akan duduk kat satu corner untuk tampal setem. Saya peruntukkan dua minggu untuk dapatkan kembali questionnaire berkenaan. Bila dah hantar, suspen pula menunggu, tak tahu samada respondents akan membalasnya. Kalau balas pun ada bias tak, mungkin depa pakat bagi dekat kerani dan jawap semua questionnaires! Ataupun kalau jawab pun ada yang tak lengkap. Dalam fikiran saya, kena lepas 30% dari jumlah sample. Kalau tidak jawapan kita tak boleh nak generalise...kan ke payah nanti masa viva-voce...Kalau nak kembalikan nostalgia masa data collection memang hebat! Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin. Kepada semua pelajar Ph.D berhentilah sekejap untuk hari raya dan jangan terlupa sambung balik 'mengaji' bila tamat minggu raya kelak!

Comments

fusarium solani said…
Salam, Prof dan keluarga.

Aliff ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.
Sdr. Fus. Terima kasih dan Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin

Popular Posts