Administrative Post at MiTrans

Dah hampir sebulan saya berkhidmat di Malaysia Institute of Transport (MiTrans), dan kebanyakkan tugasan yang diberikan ialah penerbitan. Oleh kerana UiTM memohon untuk menjadi sebuah universiti penyelidikan, maka salah satu kriteria asas yang diperlukan ialah penerbitan. MiTrans juga tidak terkecuali dari menyediakan penerbitan kepada UiTM. Oleh kerana selama ini MiTrans lebih menumpukan kepada penyelidikan perkhidmatan, maka penerbitannya perlu ditambah. Di sini peranan saya. Oleh kerana jawatan saya sebagai Senior Research Fellow, maka "kuasa pentadbiran" saya agak terbatas. Perkara ini dikemukakan oleh Pengarah MiTrans. Saya sebenarnya tidak berminat untuk memegang sebarang post pentadbiran kerana ianya...(ada alasannya). "Dr Zaidi, kalau you tak pegang post, susah nanti nak buat kerja, satu lagi, sekarang ni dan seterusnya you akan buat kerja sama macam orang pegang post, so better you pegang post aje..." kata boss MiTrans. Terfikir juga saya kebenaran kata-kata beliau. Baru dua hari lepas saya dapat surat lantikan rasmi sebagai Senior Research Fellow daripada Tan Sri Datuk Seri Vice Chancellor UiTM, masih panas lagi surat tu. Lama juga saya berfikir untuk memberi kata putus dan akhirnya saya dilantik sebagai Ketua, Komunikasi Korporat dan Penerbitan MiTrans, jawatan baru yang diluluskan oleh JKE baru-baru ini. Dengan bebanan ATA 20 di Fakulti, saya akan cuba sedaya upaya saya. InsyaAllah, pada semester hadapan ATA saya akan berkurangan. Semoga Ramadhan ini membawa sinar dan mengajar saya makna kesabaran, takwa dan sentiasa meningkatkan amalan baik. InsyaAllah, saya akan buat yang terbaik dan termampu...dan buat masa sekarang MiTrans dah mampu terbitkan lebih kurang 15 penerbitan (book and chapters in book).

Comments