Citations

Buat masa sekarang kebanyakkan universiti tempatan menumpukan penulisan jurnal yang tersenarai dalam Thomson ISI WOS dan SCOPUS, dan UiTM tidak terkecuali. Paling terbaru, kepada pensyarah yang ingin membuat pembentangan kertas kajian di luar negara, mereka hanya dibenarkan berbuat demikian di konferen yang bertaraf ISI Thomson WOS dan SCOPUS. Perkara ini merupakan strategi terbaru universiti bagi menambahkan bilangan penerbitan dalam ISI Thomson WOS dan SCOPUS. Sememangnya budaya ini perlu digarapkan dan InsyaAllah akan menjadi satu 'kebiasaan' pada semua pensyarah.
Buat masa akan datang, "citations" pula akan diutamakan. Tidak hanya sekadar artikel di terbitkan dalam jurnal bertaraf "impact factor", tetapi artikel berkenaan perlu di"cite"kan oleh penulis lain. Dasar ini telah mula diamalkan di universiti barat terutamanya di USA di mana bagi syarat kenaikkan pangkat pengiraan hanya dilakukan pada bilangan "citations" yang diperolehi dari penerbitan artikel pensyarah berkenaan. Oleh yang demikian, bagi penulis yang telah banyak menghasilkan artikel mereka dalam jurnal berimpak tinggi, faktor utama lain yang perlu ditumpukan ialah "citations". So, kena fikirkan bagaimana penulis lain mahu "cite'kan artikel kita dalam penulisan mereka.
Untuk memeriksa samada artikel kita telah di"cite" ialah dengan menggunakan google/google scholar search engine. Terdapat ruang maklumat "cited by" dengan jumlah citations yang dibuat. Sebagai contoh artikel saya (co-authors Zulkifli Mohamed, Basar dan Chong Siong Choy);
Portfolio diversification: the role of information technology in future investment decision-making, International Journal of Electronic Finance, 2008, 2(4), pp. 451-468.
Cited by
:
  1. Kitchens, F.L. (2009). Financial implications of artificial neural networks in automobile insurance underwriting, International Journal of Electronic Finance, 3(3), pp. 311-319
  2. Hsu, S; Ko, S.S., Wu, C.C., and Cheng, S.R. (2009). Hedging with derivatives by Taiwanese listed non-financial companies, International Journal of Electronic Finance, 3(3), pp. 211-234.
  3. Pradhan, L., Mohapatra, B.B., Dehuri, S., Panda, A.K. (2009). The enhancement of the e-readiness ranking of a nation by solving the multiple campaign assignment problem using diferential evolution, International Journal of Electronic Finance, 3(1), pp. 77-95.
  4. Kanniainen, J., Piche, R., and Mikkonen, T. (2009). Use of distributed computing in derivative pricing, International Journal of Electronic Finance, 3(3), pp. 270-283.
Selamat menulis dan teruslah menulis...

Comments

Popular Posts