Research University New Guidelines

Bagi mencapai taraf universiti penyelidikan, UiTM telah melandaskan beberapa garis panduan iaitu;

1. Pensyarah hendaklah meletakkan nama "Universiti Teknologi MARA (UiTM)" (dengan menggunakan ejaan yang betul) selepas nama penulis dalam setiap penerbitan atau penulisan yang dihasilkan, samada dihasilkan secara bersendirian atau bersama penyelia (bagi mereka yang sedang melanjutkan pelajaran), selagi mana penulis berkhidmat dengan UiTM.

2. Staf yang mengikuti cuti sabatikal hendaklah menerbitkan satu artikel (bagi enam bulan cuti sabatikal) atau dua artikel (bagi satu tahun cuti sabatikal) dalam jurnal berwasit yang diindeks oleh SCOPUS atau Thomson ISI apabila tamat cuti sabatikal mereka.

3. Fakulti yang menganjur seminar/persidangan antarabangsa hendaklah mendaftarkan prosiding persidangan dengan SCOPUS, IEEE atau Thomson ISI

Arahan ini berkuatkuasa serta merta

Terdapat tambahan garispanduan seperti;

4. Para pensyarah yang membentang seminar/persidangan antarabangsa hendaklah memilih persidangan di mana prosidingnya diindeks oleh SCOPUS atau Thomson ISI.

5. Bagi mendapat markah SKT 80% pensyarah yang berpangkat Professor perlu menerbitkan 2 artikel diindeks oleh SCOPUS atau Thomson, manakala pensyarah yang berpangkat Professor Madya perlu menerbitkan 1 artikel diindeks oleh SCOPUS atau Thomson ISI.

InsyaAllah dengan usaha ini, UiTM akan dinobatkan sebagai universiti penyelidikan.

Comments

Dear Saoirse, thanks for your messages and greetings