Good Luck!

Good luck, itulah ucapan keramat saya kepada pelajar PhD saya, iaitu Puan Rozita dan Ustaz Saidin. AlhamduLillah, pada minggu lepas, Puan Rozita telah lepas satu halangan (mock defend faculty) dan akan ke defend proposal di IPSIS dalam bulan Mac nanti. Ustaz Saidin, pula akan menghadapi mock defend pada 17 Februari 2010. Saya mendoakan semoga kedua-duanya memperolehi kejayaan yang cemerlang. Tidak dilupakan juga kepada pelajar-pelajar baru. Selamat datang kepada pelajar PhD baru iaitu Encik Suhaidi dan Encik Raslan. Begitu juga Cik Aqilah pelajar MSc (Transport), semoga semuanya terus berusaha dan menamatkan pengajian dengan jayanya, InsyaAllah.

Comments

Popular Posts