Prof. Dr Brian Peacock PhD. PE, CPE di ITEX 2010

Prof. Dr Brian Peacock merupakan pakar human factors engineering pernah mengunjungi booth saya sewaktu di ITEX 2010 yang lepas. Beliau amat tertarik dengan kajian saya iaitu bidang human-technology intereaction di mana bagi beliau bidang ini jarang-jarang sekali diambil perhatian. Saya amat bersetuju dengan pandangan Dr Brian, kerana kajian ini amat rancak dalam industri tertentu sahaja. Banyak juga kami berbual dan berbincang mengenai human-technology interaction. Sebelum ini Dr Brian pernah berkhidmat di National Biomedical Research Institute/National Aeronautics and Space Administration (NASA) USA dan di beberapa buah universiti di Hong Kong, UK, USA selain di General Motors Corp. Terima kasih Dr Brian kerana sudi mengunjungi booth saya dan bertukat pendapat. Jika tidak ada aral melintang, Dr Brian akan bersama saya sebagai editorial review board bagi Business & Management Quarterly Review (BMQR).

Comments

Popular Posts