National University of Singapore
Semalam saya bersama rombongan PNC (Pembangunan) dan Ahli Jawatankuasa Penggunaan dan Penilian Komputer (JPPK) UiTM melawat National University of Singapore (NUS)(kedudukan 30 universiti dunia). AlhamduLillah sepanjang perjalanan dari Malaysia ke Singapura adalah baik. Sebelum ke Singapura kami singgah di UTM bagi sesi penerangan dari Pengarah Pusat IT di sana. Sekembalinya, dari Malaysia, saya teringat untuk 'mencuba-cuba' jika buku saya tersenarai di NUS, dan AlhamduLillah, buku "Selection of research papers in social sciences and management berada di sana. Syukur...
Comments