Mentor Program: Impact Factor Journal

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan penulisan dalam jurnal perdana (ISI Reuters dan SCOPUS), UiTM telah melantik beberapa orang mentor. Dimaklumkan bahawa pemilihan mentor adalah berdasarkan pengalaman mereka dalam penulisan jurnal terkemuka. Di antara mentor tersebut ialah Prof. Dato' Dr Khalid Yusof (High Factor Journal), saya sendiri (First Entry)dan bersama 4 individu lain. Beberapa program penulisan dan kesedaran penulisan akan dilaksanakan secara berperingkat dan melibatkan seluruh kampus. Pada tahun 2009, telah menampakkan satu peningkatan yang ketara dalam penulisan berimpak tinggi, dan InsyaAllah pada tahun 2011 akan terus membuka ruang bagi para pensyarah menerbitkan artikel yang lebih bermutu serta membawa UiTM sebagai universiti penyelidikan.

Comments

Popular Posts