PhD: Common Mistakes---Fail???

Saya sering terjumpa kesilapan yang sama pada tesis PhD. Kesilapan itu kadang-kadang terlalu besar sehinggakan calon PhD tersebut boleh gagal atau diberikan tempoh setahun untuk dibuat pembetulan, re-viva la katakan. Apakah yang menyebabkan tesis yang dihantar tidak diterima dan perlu ada re-viva? Diantaranya: Calon PhD gagal menulis "problem statement" dan membuktikan "significance contribution to the new knowledge". Boleh dikatakan 90% daripada tesis yang saya periksa tidak mampu mengadakan "problem statement" dan "significance contribution to the new knowledge". Ada juga yang terkeliru istilah "problem statement" dan "research questions". Paling teruk jika "objective of study", "problem statement" tidak selari. Itu tak termasuk, "gaps of knowledge" lagi. Sangat kerap, dan memang calon PhD "terlupa" untuk membincangkan "gaps of knowledge". Ada petua? Senang aja, baca balik buku "research methodology", paling mudah baca buku karangan Uma Sekaran dan Hussey dan Hussey. Satu lagi sila lihat tesis-tesis sebagai rujukan. InsyaAllah, calon PhD dapat menulis "problem statement", "significance contribution to the new knowledge" serta "gaps of knowledge".

Comments

Popular Posts