First day-Visiting Professor King Saud



AlhamduLillah, saya selamat sampai di Riyadh pada pukul 3.15 pagi dan ketika itu sudah menanti kereta King Saud University bersama 3 orang pegawai. Saya akan berada di Coral Alhamra, Riyadh sehingga pulang ke Malaysia. Harga bilik hotel lebih SR900 semalam dan saya bebas untuk membuat tempahan makan/mimum kerana ianya ditanggung oleh KSU. Pada hari pertama saya hanya berehat dan InsyaAllah saya akan ke KSU pada hari selasa dan rabu bagi ceramah penerbitan artikel. Perjalanan saya bermula di KLIA dan transit di Abu Dhabi dan seterusnya ke Riyadh. KSU memberikan tiket kelas pertama dan AlhamduLillah inilah pertama kali saya ke luar negara dengan tidak terasa letih...

Comments