Visiting Professor-Day 2

AlhamduLillah, pada hari kedua saya telah dijemput oleh pemandu KSU pada pukul 9.30 pagi. Saya dibawa berjumpa Prof Rashoud Mohammed, Dekan, Penyelidikan Saintifik, jabatan yang menguruskan profesor pelawat di KSU. Saya juga diperkenalkan kepada Dr Ahmed Abdul Rahman, Timbalan Dekan di Jabatan Penyelidikan Saintifik. Tepat pukul 11 pagi saya dibawa ke Fakulti Kejuruteraan bagi menyampaikan ceramah bertajuk "Effective ways of writing articles in impact factor journals". AlhamduLillah, diakhir ceramah, pelbagai soalan diajukan termasuk cadangan untuk bekerjasama dengan saya dalam penyelidikan dan penerbitan. Terima kasih kepada Dr Ahmed kerana banyak membantu dan juga kepada Dekan Kejuruteraan yang boleh berbahasa melayu, sikit-sikit...

Comments

Popular Posts