KPIs Visiting Professor King Saud University

Ada yang bertanya kepada saya, bagaimana dengan KPIs profesor pelawat King Saud University? KPIs sebagai profesor pelawat di King Saud University: a. 5 artikel ISI dalam setahun b. 1 bab dalam buku dalam setahun c. 1 konferen antarabangsa dalam setahun d. 1 pelajar PhD di KSU (bergantung kepada fakulti) Segala perbelanjaan untuk penerbitan akan ditanggung oleh King Saud University. Dalam ceramah saya di King Saud University dahulu saya tekankan kepada peserta bahawa untuk menerbitkan artikel dalam ISI memerlukan kesabaran yang tinggi. Kadang-kala artikel ini tidak diterima walaupun telah menunggu beberapa bulan dan sering bertahun. Tetapi kena banyak bersabar dan cuba hantar ke jurnal yang lain, kalau ada rezeki timbul. Keduanya saya kongsikan bersama sahahat di King Saud University mengenai ummah. Kerja yang dilakukan ini adalah untuk meningkatkan penerbitan bagi kita semua. AlhamduLillah...

Comments