PhD Viva Voce Exam UUM

Pada 1 Oktober 2012 yang lepas saya dijemput oleh Universiti Utara Malaysia sebagai penilai luar PhD bagi pelajar Mahaiza. Jemputan ini merupakan jemputan kedua selepas jemputan pertama dalam tahun lepas. AlhamduLillah, pelajar berjaya menamatkan pengajian dan tahniah kepada beliau. Semoga ilmu yang diperolehi dari pengajian ini dapat dikongsikan dengan pelajar lain. Tahniah juga kepada penyelia, Dr Hisham, kerana berjaya menghasilkan 6 orang pelajar PhD buat masa ini. Di samping itu terima kasih kepada Prof Azizi dan rakan-rakan di OY Graduate Business School kerana menjemput saya sebagai penilai luar.

Comments

Popular Posts