German Students in my MIS class

Saya menerima dua orang pelajar Jerman iaitu Marco dan Nico yang sedang mengikut pengajian master in information technology di Frankfurt, Germany. Kedua-dua pelajar merupakan pelajar "exhange" di antaran IPT Malaysia dan Jerman. Bertanya mengenai pengalaman mereka selama seminggu di Malaysia, mereka tidak mempunyai masalah dengan masakan Malaysia yang pedas, kerana di Jerman masakan mereka lagi pedas. Aktiviti sukan yang diminati ialah bermain sepak takraw. Agak malang bagi mereka apabila hendak membeli bola sepak takraw, tak ada pun satu bola sepak takraw dijual, hanya ada bola adidas aje kata mereka selepas menjengah lebih 7 kedai sukan di sekitar sini. Selamat belajar kepada Nico dan Marco.

Comments

Popular Posts