My comments regarding publication and Pusat Sitasi Malaysia in Berita Harian, 7 Nov 2013

Saya telah dihubungi oleh wartawan Berita Harian untuk mendengar pendapat saya mengenai Pusat Sitasi Malaysia yang diumumkan dalam Budget 2014. Saya percaya dengan Pusat Sitasi Malaysia akan menjana lebih banyak penerbitan ilmiah dikalangan pendidik dan juga pengiat industri. Di samping itu, pusat ini akan menjadi pusat rujukan antarabangsa bagi kegunaan strategik dalam dan luar khusus kepada syarikat dan kerajaan. Saya juga percaya, artikel yang diterbitkan dalam bahasa melayu boleh menarik banyak minat kepada penyelidik luar yang pada masa ini kurang mendapat pendedahan antarabangsa. Terima kasih kepada Berita Harian kerana memberi peluang serta kepercayaan kepada saya untuk berkongsi pengalaman dalam aktiviti penulisan.

Comments

Popular Posts