Apa Bezanya Menulis Thesis dan Artikel


Ada yang bertanya, apa bezanya menulis thesis dan artikel? Terima kasih dengan soalan ini, memang ada perbezaan di antara penulisan thesis dan artikel. Penulis thesis lebih memberatkan pada keterangan yang lengkap pada setiap bahagian. Sebagai contoh, kita perlu menerangkan satu persatu cara-cara menjalankan kajian. Antara lain, kita perlu menunjukkan bagaimana kita mendapat jawapan dari analisa data yang dilakukan, dari descriptive analysis, factor analysis etc, secara 'detail'. Contribution to new knowledge juga ambil kira samada thesis ini mempunyai 'nilai'. Secara amnya, penulisan thesis lebih kepada mendapatkan title sebagai 'penyelidik bertauliah". Maka jika kita mempunyai thesis PhD maka ianya dianggap lebih baik dan merupakan pra-syarat kepada penulisan artikel terutamanya dalam impact factor jurnal.

Bagi penulisan artikel, paling yang dititikberatkan ialah 'contribution to new knowledge' dan setiap reviewer menganggapkan setiap penulis artikel mempunyai pengalaman dalam penyelidikan. Analisa data tidak perlu terlalu lengkap, hanya perlu menerangkan 'mean' dan 'standard deviation', 'pearson correlation' (parametric data), dan 'regression'. Practical implications merupakan faktor kedua yang akan ditimbang oleh penilai. Jurnal barat amat kurang 'gemar' dengan kajian kuantitatif kerana mereka beranggapan data boleh diubahsuai bagi mendapatkan jawapan sepertimana yang dikehendakki oleh penulis. Oleh yang demikian, kaedah penyelidikan secara tri-gulation, campuran di antara kuantitatif dan kualitatif amat-amat digalakkan di sebelah sana.

Sebenarnya ada banyak lagi perbezaan di antara penulisan thesis dan artikel, InsyaAllah kita bincangkan lagi.

Comments

ahbodolahman said…
Baru nak stim baca, dah habis cerita... sedey2..