61/2 tahun dahulu


Saya masih ingat apabila saya diterima masuk bekerja di UiTM. Prof. Dr. Faridah syorkan nama saya ke Segamat, Johor. Rasa seronok sebab ini merupakan kali kedua saya akan tinggal di Johor selepas beberapa belas tahun dahulu saya sekeluarga menetap di Kluang. Sampai di UiTM Johor saya perlu mendaftar, jumpa Pak Pin. Pak Pin minta saya jumpa Abg Talib, housemate saya. Tapi Abg Talib tak ada. So, saya decide untuk tinggal di dalam kampus dulu. Lepas tu pergi ke common-room. Orang yang pertama yang tegur saya Encik Ashran (sekarang di UiTM Shah Alam). Lepas tu saya dibawa oleh pak guard ke Ledang Inn tinggal semalam. Haji Razali, TP HEP pada masa itu, bagi peluang saya tinggal di Kolej Sempena Riau. Duduk sementara selama sebulan bersama rakan Mohd Bahrin dan Suhaimi (dua-duanya masih bujang). Bila Bahrin balik rumah dia, mak dia masak banyak, bagi kami makan. Selera betul. Kak Wan Hasnah dan Kak Hadaliza (sekarang di UiTM Shah Alam), banyak membantu saya sewaktu di kampus. Masa tu saya kena jadi penasihat NADIIA. AlhamduLillah semuanya baik. Selepas sebulan berada di Kolej Sempena Riau, saya tinggal di Jer-mentah bersama Abg Talib. Lepas tu Abg Yaacob Anas dari UiTM Shah Alam joint, dan akhir sekali Ustaz Hatta joint. Tapi, akhir sekali, bila Abg Yaacob pergi buat PhD, dan Uztaz Hatta pencen, tinggal balik kami berdua...bercucuk tanam tepi rumah. Hari sabtu dan ahad, Abg Talib balik Melaka, tinggal saya sorang...

Comments