Mencari ketenangan ala PhD candidate
Semasa di Shah Alam, dah dekat setahun saya dan Intan buat Phd. Duduk pula rumah baru. Waktu pagi start dengan baca beberapa artikel baru, untuk disuitkan dengan literature. Masa tu saya dah buat draft penulisan. Chapter One-Introduction, Chapter Two-Literature of Review, Chapter Three-Method of Investigation, Chapter Four-Data Analysis dan Chapter Five-Discussion and Conclusion. Bila dah siap organisation ini, saya tulis chapter one, untuk atur issue of the study, problem of the study, gaps of knowledge, aims of the study...Masa yang sama saya hantar beberapa artikel untuk diterbitkan dalam jurnal perdana/ISI-ranked jurnal yang pada dasarnya amat sukar untuk diterbitkan. Kalau dapat terbit, maknanya research PhD kita selamat! Apa tidaknya acceptance rate jurnal ini hanya 10%, maksudnya jika hantar 10 artikel, hanya satu diterima, dan ada yang kata jika 1000 artikel hanya 10 diterima...Dah habis menulis thesis, dan artikel, badan dah rasa letih sedikit. Tengok jam pukul 11.00 pagi. Pergi ke bawah, ambil cangkul dalam stor, bersihkan tanah depan laman. Nak buat taman sikit. Bunga dah beli semalam dekat Sungai Buloh, betul-betul tepi Hospital Sungai Buloh, training hospital untuk pelajar medical UiTM. Pokok bunga tu, saya bubuh tanah baru, bubuh baca sikit, siram air. Selesai. Bila tengok pokok bunga ini, rasa tenang...lepas buat kerja PhD. Besok nak tanam sikit sebab matahari dah terpacak atas kepala.
Comments