Seoul, South Korea

Pada masa ini cuaca sangat dingin, lawatan kami berlegar sekitar kota Seoul. Banyak sungguh istana lama di sini, tetapi agak malangnya semua istana ini tidak berpenghuni. Ini adalah kerana semua keturunan raja korea telah dihapuskan oleh penjajah jepun. Sebab itu, bangsa Korea tidak berapa setuju dengan bangsa Jepun. AlhamduLillah, kita di Malaysia masih ada sultan-sultan yang memerintah bagi menjaga keamanan negara. Saya juga berasa bersyukur kerana masa penjajahan Jepun di Tanah Melayu dulu, tidak ada satu pun kerabat di raja Melayu yang dihapuskan seperti yang berlaku pada raja Korea. Hanya wajah raja-raja ini yang masih utuh di atas wang kertas Won Korea.

Comments