Prof Dr. Normah
Saya berjumpa dengan Prof. Dr. Normah sewaktu di Pertandingan Rekacipta R&D IPTA 2005, walaupun pada masa itu Intan dah lama kenal beliau. Intan sebelum ini bertugas di Fakulti Perakaunan, Shah Alam. Selepas tu, kami bertemu sekali lagi di pertandingan rekacipta Geneva. Tak sangka Prof. Dr. Azni memberi peluang kepada kami untuk bersama-sama golong elit UiTM nih...AlhamduLillah. Semasa di Geneva, saya berkenalan dengan Prof. Madya Dr. Mansor, suami Prof. Dr. Normah yang kini bertugas di UPM. Kami banyak berbual dan agak rapat. Pada tahun 2006, Prof. Dr. Normah tidak masuk pertandingan rekacipta. So, kami tak banyak berjumpa beliau selain di pejabat ARI di menara untuk bincang research lain seperti AIPB dan perancangan research untuk tahun 2007. Pada tahun 2007, beliau bersama-sama kami dalam satu projek. AlhamduLillah pada tahun 2007, merupakan tahun lonjakan bagi penyelidik-penyelidik sains sosial yang dipelopori oleh Accounting Research Institute (ARI), seliaan Prof. Dr. Normah. Banyak muka-muka baru yang dicungkil termasuk Prof. Madya Dr. Norazam, Prof. Madya Dr. Rozainun, Prof. Madya Dr. Napsiah, Prof. Madya Dr. Ruhaya (mantan TP HEA), termasuk Prof. Madya Dr. Suzana dan Prof. Madya Dr. Rashidah yang selama ini bersama Prof. Dr. Normah. Prof. Dr. Ibrahim Kamal sentiasa memberi galakan dan kerap datang bermesyuarat bersama kami semua. Sekarang mereka mengepalai research masing-masing. Projek kami dan Prof Dr. Norma menang pingat di Malaysia Technology Exposition, dan International Invention and New Products Exposition di USA. Baru-baru ini, Prof. Dr. Normah dah 'warning' Intan awal-awal untuk pertandingan rekacipta 2008. InsyaAllah buat masa sekarang kami dah ada 8 produk untuk dipertandingkan...Kami berharap kejayaan ini adalah untuk memertabatkan UiTM sebagai Research University, dan dari sumber KPT, ranking UiTM hanya dibelakang UKM, UM, UPM, dan USM...InsyaAllah.
Comments