United Nations, Geneve
UN memang semua orang tahu apa fungsi badan ini. Kalau tanya budak dari empat pun faham. Terdapat satu lagi UN di New York, manakala di Geneve ini macam cawangannya. Untuk masuk ke UN, tidak mudah kerana jika sekadar hendak mengambil gambar untuk diberikan kepada atuk dikampung tidak akan dilayan oleh pak guard di situ. Boleh bergambar, tetapi diluar kawasan. Bila difikirkan macam tu, kami pun bersepakat untuk ambil gambar dengan tiang pagar UN bersama logo famous UN betul-betul tempat parking basikal pekerja. Masa tu dah rasa cukup bangga sebab rasanya diri ini macam perwakilan negara yang datang berbincang dengan deligasi asing mengenai asal-usul T-Rex yang dikeraskan di Pittsburgh, USA. Setelah puas berposing kami pergi ke Jardine-Botanical Garden yang letak tidak berapa jauh dari UN.
Comments