Research PhD
Saya memulakan research PhD dengan cara turun padang bagi mencari permasalahan penggunaan intranet di kalangan pengurus di pelabuhan, jabatan kastam, jabatan marin, lembaga pelabuhan dan jabatan imigresen. Pada waktu pagi saya terus ke Pelabuhan Klang, terdapat dua pelabuhan utama di sama, Westport dan Northport. Sebelum pergi, saya dah buat appointment dengan pengurus berkenaan. Pengalaman buat research peringkat PhD seronok, sebab lain sedikit dengan cara buat research sebelum ini. Belum apa-apa lagi 'resepondent' dah panggil kita Dr...segan juga, tapi buat macam biasa. Semua pengurus memberi kerjasama baik, tapi banyak maklumat 'confidential' tak boleh nak hebahkan. Bila dah letih interview pengurus tu, saya berehat sekejap tepi pelabuhan, tengok kapal berlabuh, banyak betul kontena dalam satu tempat, panjang, berbaris, kereta hyundai yang baru dianggut berduyun-duyun disusun rapi di kawasan khas. Kren pengangkut tak henti-henti mengangkat load dari kapal. Bila tengok semua ini...rasanya banyak lagi yang perlu dibuat pada research Phd aku ni...memangla baru dua minggu start Phd...Bila rasa dah relax sedikit, saya balik terus ke rumah, tengok apa yang Intan masak kat rumah.
Comments