Yang Arif Tuan Hakim


Saya dan Intan telah dilamar oleh badan inovasi negara, Malaysia Invention and Design Society, bagi mengadili pertandingan rekacipta bertaraf antarabangsa, International Invention & Technology Exposition (ITEX), Mei 2007 di KLCC. Semua Yang Arif Tuan Hakim mempunyai berbagai latarbelakang, ada berjawatan CEO, doktor perubatan, peguam, guru bahasa asing, tak termasuk penjual karpet...Penal of International Judges itulah gelaran kami seramai 60 orang diberi tugas mengadili 20 produk seorang bermula 10 pagi hingga 5 petang. Setiap pengadil akan pergi berpasangan. Saya dan Intan dipilih untuk berpasangan sebab depa tahu kami suami-isteri. Senang kerja agaknya. Banyak perkara lucu semasa proses pengadilan. Ada peserta yang kata dia tak berapa faham sangat dengan produk yang dipertandingkan sebab dia hanya student aje. Ada juga yang pandai buat lawak untuk 'goreng' kami yang mengatakan produk mereka sudah dipaten dan sudah berada di dalam pasaran. Bila kami minta bukti, depa bagi macam-macam alasan dan ulasan, lupa nak bawa la, mungkin tertinggal dalam basikal kot, tapi kami tahu sebab kami pun terlibat dalam pertandingan rekacipta. Lagi seronok bila ada seorang Prof. yang terketar-ketar dan langsung tak 'kondifen' dan buat-buat pandai, walaupun produk tu hasil pelajar asing (bangla) dia. Si pelajar tu, kadang-kadang cuba menyampuk bila penerangan yang diberikan oleh Prof berkenaan tersasar jauh..bak mengajar ajaran sesat. Bila kami ke kontijen Korea, pun payah juga sebab kena guna translator. Kesian juga tengok peserta Korea itu cuba menerangkan kecanggihan dan keunikkan produknya. Walaupun kami tak la faham sangat apa yang si translator tu katakan, kami hanya menganggukkan tanda bersetuju. Biar tunjuk minat dan lagak faham. Ada juga peserta yang cuba 'hadiahkan' bermacam-macam benda...tapi sebagai Yang Arif kami tolak dengan penuh hormat...Balik rumah, kami terus tertidur...letih betul..

Comments