Keluar surat khabar!

Berita yang mengatakan kami keluar surat khabar hanya diketahui semasa kami berada di Seoul, Korea Selatan. Masa tu rasa terkejut, seronok, perasan bercampur sama banyak. Berita ini ekoran pada kejayaan UiTM dalam meraih pingat di pertandingan rekacipta di Pittsburg, USA tempoh hari. Masa tu punya la kalut nak dapatkan salinan surat khabar tu. Cari punya cari, tak jumpa langsung. Bila Kak Aki, bagitau yang dia ada salinan surat khabar berkenaan, kami berdua rasa cool sebab nanti boleh pinjam dan buat salinan. Kami fotostat kolor di Seksyen 2, Shah Alam. Satu salinan untuk abah-mak, satu salinan untuk Prof. Dr. Normah, satu untuk Intan dan satu untuk koleksi saya. Bila macam ni, semangat untuk buat research bertambah garang, rasa lambat betul IID tahun 2008. Kepada Prof. Dr. Normah, Dr. Rashidah, Dr. Suzana semoga berjaya di Brussel nanti. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua!

Comments